~ HSG ~

~alhamdulillah~
saat itu akan tiba
sabar dan teguhkan kesabaran kami

~ Maafkan ku~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang

di saat menerima berita dari mu
bergetar hati ini
saat itu juga kelopak mata ku bergenang
ku tahan ia dari mengalir laju
kerna ku sedang berdepan dengan adik2
saat itu aku mohon kekuatan dari Allah
bukan dengki bukan benci
sukar utk digambarkan
yang pasti dikau juga serba salah
yang pasti bagilah masa untuk ku
insya allah saat itu akan tiba
sukar untukku melelapkan mata
fikiran kosong tanpa apa-apa
sukar ku tahan air mata
ku biarkan ia laju
agar hati ini tenang
apakah harus aku gembira
kenapa kah aku menangis
adakah sedih?
diri ku tak pasti
yang pasti aku mahu teguh
bersangka baik dengan Mu
Engkau mengetahui semua nya
Engkau punya rahsia disebaliknya
izin kan ku menyendiri
mendapatkan kembali alam nyata
kini kaki tak berpijak di bumi nyata
berhari juga aku kebingungan
sendirian menyimpan di hati
mencari sumber kekuatan
ingin ku tinggalkan semuanya
ingin ku pergi dari sini
selamt tinggal kalian
sukar untuk menerima
kerana dikau adalah teman ku
semenjak di alam roh lagi
kita bersama-sama
sukar untuk digambarkan perasaan ini
kini baru aku menerima
dengan hati yang redha
tapi aku masih boleh ketemu dikau
walau pun ingin ku peluk mu
tapi hati sukar untuk menerima
maafkan ku.....

Rindu kalian....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang

hati ini berdegup kencang
dup...dup...dup...
diiringi angin yang menyegarkan
diselang selikan dengan kicuan burung
dihujung kota penuh kesibukan
kini sunyi seperti di pedalaman
dek kerana hari ini hari minggu

ditenangkan hati dengan alunan zikir
perasaan rindu memuncak
titisan air mata deras mengalir
sebak di hati hanya Allah yang tahu
'rindu pada kalian'
ingin bertemu dengan kalian
tetapi diri perlu bertahan
kuatkan semangat tabahkan hati
alirkan rindu pada mereka
doakan kebahgian mereka
bisik hati kecil

saat itu terasa ingin ku terbang
memeluk kalian semua
ingin ku nyatakan ....
aku sayangkan kalian

Ya Allah!peliharalah mereka
sehingga ke syurga Mu
temukan di syurga Mu
satukan kami di syurga Mu
amin....

...bisikan hati...

sepi sekian lama
tenggelam dalam kesibukan
kesibukan menelan kegusaran
menanti sesuatu yang belum pasti
menanti dengan penuh sabar


sekian lama 'blog' ini menyepi
menyimpan suka dan duka
tanpa catatan di alam maya
tapi tersimpan kukuh di hati
perjalanan hidup berliku-liku
adakala buat diri ini tersenyum
adakala diri ini menangis

dari semasa ke semasa
berita gembira diterima
berita gembira untuk kalian
bilakah tiba saat untuk kami
hanya Dia yang tahu

dari semasa ke semasa
berfikir secara rasional
memandang terus ke depan
tidak lagi menoleh ke belakang
buat diri ini dan dia
terus melirik senyum



**HoLiDay2010** siri 2

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
21hb (selasa)
- balik je dari kerja..plan, nak gi mana yer???hmm...apa kata gi rumah Kak Lah kat Banting.Ok lah...
( lepas isyak kami bertolak, naik satu kete jer...ALZA. On the way, teringat lak nak gi rumah ayah. Ok lah. call ayah jap....tut..tut....ayah! nak ikut tak gi rumah Kak Lah?malas lah...esok kerja.Ok..kami nak jumpa ayah jer...so singgah lah rumah ayah jap. Seronok dapat jumpa ayah. Sempat lagi bagi keladi..huhu)

(next destination...rumah Kak Lah. hmm..kul 11 la jugak sampai. Ikut angah nyer GPS..lalu jalan teruk ..huhu. sampai rumah Kak Lah..minum air...makan kepok...sembang ..balik. sampai rumah kul 1pagi..huhu..esok kerja!!!)

22hb (rabu)
- mak ngan adik2 gi sogo
-pastu gi rumah kak bazi merangkap anak angkat mak..huhu
(mak rindu kat cucu dia ....khaulah yang tomey tu)
- pastu gi amik ayah ...pastu gi kat tempat ijah...saujana utama, sungai buloh

23hb (khamis)
- gi putrajya..amik kakak
- pastu gi masjid putrajaya jap....jalan2
-pastu gi masjid besi...buka puasa kat situ...
- pastu gi i city shah alam

24hb (jumaat)
- mak su, rasyid ngan adik gi sogo
- mak ngan yang lain2 gi bangi . mak nak jumpa mak abang long
- along....ada usrah...
- abang long ...gi hantar barang mak

********berakhirlah percutian dengan keluarga tersayang**************





**HoLiDay2010** siri 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah rahmat dan kasih sayang nya kami di beri peluang untuk berkumpul sekeluarga (w/pun ada 2 orang yang tak de....ayah ...kerja, izah pun kerja...)

Alhamdulillah, akhirnya mak, mak su dan adik2 sampai dengan selamatnya kat KL. Sebenarnya, event diorang mula 17hb lagi. 27hb mak dan adik2 selamat sampai kat Terengganu.

17hb
- ke walimah kak Hudal di Pasir Puteh

18hb
- ke majlis pertunangan sepupu di Rantau Panjang
(berborong sakan kat Rantau Panjang, macam2 yang di beli, ada yang beli toto nak bawa gi sarawak...ada sorang tu beli toto bawa ke putrajaya..hehe)

*kedua-duanya kami tak dapat join. Masa tidak mengizinkan.

19hb
-ke hospital f/up check up
(dengar2 cite mak demam. syafakillah ya ummi...)

20hb
-plan nak bertolak ke Kuantan
(bila call...diorang ada kat rumah lagi. berehat....mak kan demam. so , bertolak lah ke Kuantan lepas maghrib)
(adik ...ikut along gi kerja)
(malam...Tok su sekeluarga datang)

21hb
- bertolak ke KL dari Kuantan
(sampai tengah hari terus gi rumah Mak Da. hmm...semua ada kat situ lagi. Tok Su, Ayah Cik ngan Pak Fattah)
(adik...pagi2 lagi dah hantar gi rumah Mak Da. Kesian kat dia....mati kutu kat office along bila ikut along gi kerja)

**Berbahagia dengan UJIAN**

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
bila di uji...
kita mengeluh...kita menangis
kita marah...kita geram
kita tension
pernahkah kita bersyukur bila di uji?
kenapa nak bersyukur?
bukankah ujian itu 'menyakitkan'
bukankah ujian itu 'perit'
kenapa nak bersyukur?
bersyukurlah....
bangkit dan sujud lah...
kerna dengan ujian...kita ingat Allah sentiasa
kerna dengan ujian...kita jadi hamba Allah yang taat
kerna dengan ujian ...hati kita sentiasa berbicara dengan Allah
kerna dengan ujian...bibir kita basah dengan zikir
kerna dengan ujian...kita mula sujud dengan khusyuk
kerna dengan ujian...kita mula menyelak mushaf AQ 
kerna dengan ujian...kita jadi lebih 'tabah' dan 'kuat'
sedarlah...
ujian itu nikmat
ujian itu indah
ujian itu 'best'
ingatlah...
ujian tanda Allah cintakan hambanya
ujian tanda kita 'diperhatikan' Allah
ujian tanda kasih dan sayang Allah
maka...
berbahagialah dengan UJIAN ('',)