Siapa yang nak?

"Fuh! banyak nya kerete?mana semua orang nak pergi ni?" bermonolog sendirian. Aku tengok cermin sisi motor, banyak nya motor kat belakang aku. Depan pun banyak. Ni lah KL. Kota yang jam je memanjang. Tak larat aku nak hadapi hari-hari macam ni. Ku teruskan perjalanan ku di tengah-tengah kota. Malam ni aku ada misi yang perlu diselesaikan. Urgent!!!utk umat masa kini yang tenggelam dengan dunia masing-masing.
Ah!lembap pulak kereta kat depan aku ni. Dah la tu..nak masuk simpang pun tak bagi signal. Tengok sikit sape driver nya.Perempuan...driver baru kot.Tak de pulak 'P' kat kereta. Agaknya macam mana yer kalau aku yang drive.IA selamat...
.......................................................................................................................................
Misiku!
"tok!tok!tok!assalamualaikum...."
"krek! ada apa kak?" nampak macam blur je muka adik ni, terkejut kot tengok kami datang
first..hadiahkan senyuman. kitaorang pun masuk lah bilik dia. hmm...nak cakap apa ni dengan adik ni? tak kan nak terus tanya direct.last-last, kami pun cakap la ttg adobe photo shop (kebetualan kawan dia tgh edit something). Buat-buat mcm tak tahu (padahal memang tak tahu pun).Tanya lah itu ini dengan adik-adik ni. Just nak warm up jer...
Tak boleh jadi ni, tak masuk main point lagi. Last but not least...tanya jer direct "Ingat lagi tak usrah yang kita buat dulu? Nak usrah lagi tak?"
Apa jawapan adik ni?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Lepas gi ziarah, kami pun bersembang "Tak jumpa pun lagi adik yang cakap "nak" bila tanya nak usrah lagi tak?Diorang ni tak berminat ker kalau kita ajak buat baik?
Itulah hakikat hidup sekarang. Susoh beno nak ajak buat baik(loghat perak lak). Kalau ajak gi shopping ke tgk wayang ker cepat je. " Boleh!boleh! kul brape nak pegi?"
Padahal ajak gi usrah tu pun kira 'shopping' gak. Tapi untuk akhirat la..bayangkan!dalam usrah tu apa yang kita buat?Ajak baca Quran, cerita tentang cinta Allah, cerita tentang Rasulullah dan macam-macam lagi. Itu pun tak nak ke?Bukan ke dapat 'saham' untuk akhirat. Rugi sape yang tolak 'tuah'. iA kami akan teruskan usaha untuk cari lagi SIAPA YANG NAK!
Mudahan allah perteguhkan kami dan melembutkan hati adik-adik yang diziarah.

aku yang lupa..

Semalam, satu hari yang tak menentu. Semua gara-gara tidak plan betul-betul. Dari pagi hingga ke t.hari aku rasakan hidup ini 'kosong'. Aku sedar kenape semua tu terjadi namun tak punya kekuatan untuk mengatasi. Alhamdulillah, dalam keadaan mamai aku masih boleh berfikir dengan iman yang secebis. Ku bisik kan dalam hati, ku berbicara dengan Allah tentang diri ku mohon di berikan kekuatan yang luar biasa. Petang..aku kembali bangkit menjadi diri ku. Ku cuba aturkan sebaik mungkin hidup ini agar masa 24jam yang dikurniakan dapat dimanfaatkan di jalan Nya.

Ah! aku rindu untuk pulang lagi. Rindu dengan ibu dan adik-adik. Suasana di kampung seolah melambai-lambai memanggil aku dari jauh. Namun, aku tak bisa pulang kerna di sini aku punya AMANAH yang perlu dilaksanakan. Ku harapkan redha Allah. Satu yang ku pohon, moga Allah yang melindingi keluarga ku..ibu dan adik-adik di kampung, ayah di perantauan, angah di U dan su di borneo.

Kerinduan pada kalian dibawa angin lalu. Ku teruskan hidup di pagi ini dengan nikmat IMAN dan ISLAM. Ku cuba sinarkan hidup ku dengan cahaya hidupMU. walaupun masih tersisa kemalasan ku. Ku gagahi jua merancangan hari ini. Ku mulakan dengan tahjud disusuli dengan bacaan al-mathurat diteruskan dengan bacaan AQ dengan harapan hidup hari ini lebih baik dari semalam.

Sempat ku bisikan dalam diri..aku ku cuba buat yang terbaik hari ini utk klinikal ku.Aku berjalan ke klinik dengan lamunan hati. Opss....kenape klinik macam xder orang?mana pergi semua student. Jam dah menunjukkan kul 8.Selalunya kereta dah banyak.Patient pun dah ada. Langkahku ku teruskan ke blok C menghala ke pintu tengah...kunci. Pintu depan ..juga kunci. Alamak!bukan ke hari ni ada thesis presentation.segera ku lajukan langkah ke bilik student. teringat pulak kat situ ada jadual year 4.Ah! aku lupa .......memang benar mereka ada thesis presentation...

allah mengajarkan aku sesuatu hari ini, MERANCANG LAH UNTUK HARI ESOK!

Bagaimana menyentuh hati

Terima kasih buat kakak yang upload kan gambar ni kat blog dia.

Hanya sekeping gambar yang simple, tapi mampu menyentuh kalbuku.
Secara jujurnya, aku tersentuh dengan apa yang dihadiahkan. Nampak simple tapi amat bermakna. Terharu dengan concern kakak yang tahu aku memang nak kenal ahli keluarga baru. Dek kerana kesibukan, terbatas masa untuk pulang di saat event penting dengan keluarga. Sekali lagi KAKAK!!!!!THANKs A LOT!!!!!LOVE U SO MUCH!!!!!!

Apa lagi.....aplikasi kan sesama akhwat. Ikat hati dengan mereka. Biar simple tapi bermakna. Salah satu cara untuk menarik hati mad'u jua(cara ni tak der diceritakan dalam buku " bagaimana menyentuh hati"). Ayuh kita update cara menyentuh hati dengan teknologi terkini
(huhu...tak pandai nak guna adobe pthoshop lagi)