Sambutan tahun baru

Tika kini...kebanyakan orang membicarakan tahun baru
begitu juga dengan diri ku

namun, bila di fikirkan semula
yang mana lebih di'agungkan'
sambutan maal hijrah
atau sambutan tahun baru
seharusnya sambutan maal hijrah lebih di muliakan
disebalik tahun hijrah tersirat pelbagai kisah
yang pasti kisah murabbi kita yang agung
Nabi Muhammad s.a.w

itulah ghazwul fikh
yang telah menular di kalangan masyarakat kini
tenggelam dengan sambutan tahun baru 2010
berbanding dengan sambutan maal hijrah
licik sungguh perancangan mereka
mengalihkan perhatian masyarakat kini
sedar atau tidak...yang pasti mereka telah berjaya

wahai teman sekalian
ayuh kita bangkit!
keluar dari kepompong 'ghazwul fikh'
bebas kan jiwa dari belengu kejahilan
ikatlah jiwa dengan cinta Allah

>> walimah <<



Hmm....plan minggu ni...ke walimah akhwat. Tak jauh pun. Kat Shah Alam je. Bila berbicara tentang walimah, aku suka untuk mengupas tentang pernikahan yang barakah. Selalunya kalau kita pergi kenduri kawin tetamu akan ucapkan 'selamat pengantin baru,semoga kekal ke anak cucu'.Dalam buku 'ku pinang engkau dengan hamadalah" (bacalah yer...hehe) ada mengupas tentang isu ini. Katanya adalah lebih baik kalau kita ucapakan 'semoga mendapat pernikahan yang barakah"kerana barakah itu merangkumi semua. Macam mana nak tahu kita dapat barakah atau pun tidak. Ternyata kita boleh tengok ketika majlis berlangsung dan selepas itu.Ketika majlis berlangsung tiada nya percampuran antara lelaki dan perempuan. kita boleh tengok bila pihak tuan rumah mengasungkan tempat makan lelaki dan perempuan. lagi..ketika majlis berlangsung adalah lebih baik di iringi dengan hiburan yang tidak melalaikan (itu pun kalau nak pasang lagu-lagu la). selebihnya boleh rujuk kat buku tu..x sempat dah. janji kul 8.30 ni...wassalam(oppss..nak doa..'semoga diri ku jua memperolehi pernikahan yang barakah")

"to ukhti nafisah dan akh syed aizudin: SELAMAT PENGANTIN BARU.semoga mendapat pernikahan yang barakah"

'wasiat' bonda

Masih terngiang di cuping telinga ku 'wasiat' bonda. Mengingatkan aku tentang Allah...Akan ku usahakan untuk mencapai nya. Itulah 'wasiat' bondaku....yang sentiasa berada di hati ku. Wahai bonda, teruslah 'berwasiat' kepada ku yang terkadang alpa tenggelam dalam arus kehidupan. Sayang bonda selamanya....

Impian bonda

Ya allah! izin kan aku untuk memenuhi impian bonda ku. Masih ada beberapa lagi yang masih belum di penuhi sebelum tiba masa nya. Aku di kejauhan....mengharapkan perlindungan dari Mu untuk menjaga bonda ku. Sungguh engkau Yang Maha berkuasa.Kepada Mu ku sembah kepada Mu ku mohon pertolongan (surah al-fatihah)

Dunia menghimpit ku

Terasa sungguh dengan kesibukan kerja ku. Seolah-olah masa 24 jam tu seperti 1 jam. kerja semakin menimbun. Sampaikan aku terpaksa bawa balik. Sebolehnya aku cuba untuk tidak berbuat sedemikian. Apakan daya..aku tak terdaya. Masa untuk solat semakin pendek. Apatah lagi untuk membaca al-quran. Segalanya terasa 'kosong'. Ampunilah dosa ku ya allah....andaikata hati ini mencintai dunia melebihi Mu. Teringat satu hadith "....cinta dunia takutkan mati...".Satu penyakit di zaman sekarang yang menyebabkan kita lupa Allah. Terkadang kita merasakan kita yang berkuasa/mampu untuk menghabiskan semua kerja kita dalam satu hari. Tapi kita lupa..allah maha berkuasa. Kenapa kita risau kerja kita tak siap..tapi kita tak risau kalau kita solat lambat. Tepuk dada tanya iman. Dengan rendah diri aku mengembalikan segala urusan ku kepada Allah. Dalam hati..tak putus-putus aku berdoa..ya allah,mudahkan lah urusan pekerjaan ku. Di kala ini aku cuba aturkan hidupku sebaik mungkin agar dunia bukan lah yang utama. Cukup lah aku hanya mengambil sekadarnya. Masih terngiang kata-kata murobiyah ku "....andaikata kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengejar kita.." sama-sama lah untuk teruskan pengislahan diri. Pengislahan diri tidak akan pernah berhenti. Jangan mengahrap orang lain untuk mengislahkan didi kita. Bertindak lah sebagai seorang yang proaktif...memulakan sesuatu dari diri sendiri...

Satu rentetan...

Kini aku berada di satu tempat
walaupun hati ini terasa berat
namun ku gagahkan juga kaki ini untuk melangkah
teringat dalam surah 9 ayat 49
melangkah lah kamu dengan merasa berat atau ringan
sungguh allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mu

Kini aku meninggalkan keluarga di kampung
di ikutkan hati..mahu saja aku join keluarga di kampung
semua ada ..kecuali ayah..semalam dah bertolak atas urusan kerja
bilakah keluarga ku akan bersatu kembali
satu saat yang aku nanti kan
ada nya event dalam keluargaku
sebelum ni kami ada rehlah keluarga
selepas itu gahthering keluarga
baru-baru ni kenduri
seronok melihat keluarga berkumpu
semoga allah memberkati pertemuan keluarga ku

Kini aku meninggalkan urusan kerja
buat sementara waktu
mencari siapa diriku
aku sedar diri ini ada kekurangan
ya allah!tunjukki aku jalan yang kau redhai
kuatkan semangat juang ku
istiqamah dan istimrarkan aku di jalan yang ku pilih ini