Persiapan Kenduri



Semua buzy
masing-masing ada tugas masing-masing
ada yang buat kek
ada yang sembelih ayam
ada yang blend bawang
macam-macam

tapi...hanya satu untuk di ingatkan
solat haruslah di awal waktu
supaya kenduri ada barakahnya
supaya redha allah sentiasa bersama
bukan senang
badan dah penat
rehat lagi best kan..
kalau dapat tidur pun lagi best

hmm....batas pergaulan juga harus di jaga
aurat pun macam tu juga
alhamdulillah, ada yang mengingatkan

suka untuk ingatkan diri sendiri
ikhlaskan hati dalam berbuat
bila badan dah penat...
kita cenderung untuk mengeluh dan merungut
bukan kah kebih baik kalau kita banyak kan zikir
teringat kisah fatimah az-zahra
bila penat ..rasulullah ajarkan zikir
lantas kita bagaimana

sama-sama lah kita mengingati allah
bila sibuk atau lapang
bila penat atau sebaliknya

semoga kenduri kami diberkat allah
pertemukan kami dengan saudara mara
yang jauh di dekatlkan
yang dekat di dekatkan
bukankan allah suka ..
hamba yang mengeratkan silaturahim

PeRsi

Balik kampung!!!

Tak sabar menunggu hari esok. Terbayang saat aku balik kerja dan terus bekejar ke hentian PUTRA. Seronok sungguh. Semua dah ada kat kampung. Hanya aku dan ayah masih di sini. Menunggu hari...

Terbayang kemeriahan di rumah. Kecoh dengan persiapan. Maklum lah kenduri besar tahun ni. Ada apa-apa ker?hmm....wait and see

oppss...esok kerja lagi. Banyak lagi kerja yang tak siap. Harapnya semua kerja dapat settle before balik. Hari ni pun dah balik lambat. Terpaksalah buat perlahan. Hampir kul 7 lah jugak. Orang baru kan...tak cekap lagi. Tambah dengan fail yang kena redo. Tension tul tgk meja yang penuh dgn fail. Tapi bila di fikirkan...itulah kerja-kerja ku. Akan datang lagi banyak fail2 yang kena tulis. So terimalah kenyataan ..itu lah kerja nya. Bukan apa,lambat sikit buat kerja sbb belum mahir nak menganalisa. Dah buat...silap lagi. Betulkan lagi. Silap lagi.huhu...itu yan tension sbb tak dapat nak judge sendiri. Bila check dah rasa ok. Time hantar ada lagi yang silap. Ya allah mudahkan urusan ku di esok hari.Dah hujung bulan ni..statistik belum buat lagi...huhu

Hmm...hari ini aku tak terima satu patient tu. Kesian gak kat dia. Dah dia datang lambat. Dah la mak cik...kadang aku dalam di lema. klu patient datang lambat tu nak terima ke tak???nak kesian kat dia ker nak kesian kat diri sendiri.Kalau terima...ambil masa kita lak. Kalau jumpa sekejap tu tak cukup masa nak dapat kan info. Bila tulis case note kena redo banyak kali sebab tak complete. Tapi bila tak terima rasa bersalah. Dah tu orang lain pandang semacam jer dgn kita mcm kita ni tak berperikemanusian lak...mcm mn?what to do?

Ya allah!ampunkan dosa anadaikata aku menzalimi mak cik tu..bukan niat di hati nak berbuat sedemikian.

Jiwa yang tenang

Resah di jiwa tiada siapa yang tahu
hanya pada yang Esa aku kembali
sujud pada Mu setiap waktu
mengharapkan petunjuk dari Ilahi
agar langkah ku diredhai

Semakin hari semakin pudar
hilang sudah rasa kasih dan sayang
telah ku sedari sekian lama
kembali aku kepada al-quran
petunjuk sepanjang masa
syukur pada ilahi
saat itu kembali lagi
ku jagai dengan penuh hati-hati
bimbang ia akan pergi seperti dulu

ya allah!padamu aku kembali
merayu cinta yang suci
moga diri terus di terima di sisi Mu
jiwa ini kembali tenang
di temani kasih dan sayang Mu

Dunia Baru

Setelah sekian lama...akhirnya kembali ke alam maya
Pelbagai perkara yang berlaku
tak terduga dek akal fikiran
itulah tanda kekuasaan allah s.w.t
kita merancang, allah juga merancang
ternyata perancangan allah itu lebih baik

pejam celik dah hujung tahun
macam-macam perubahan dalam hidup
status kini bertukar
tanggungjawab kian memberat di bahu
kadang terasa sungguh berat amanah itu
adakah aku mampu?
ternyata allah telah menjawab
dalam surah al-baqarah ayat 286
sama-sama lah kita hayati
allah hanya memberi sesuatu sesuai dgn kesanggupan

perjalanan masih jauh
masih banyak yang belum di gapai
dunia baru yang penuh pancaroba
tersilap langkah tersungkurlah kita
sangat lah penting sahabat di sisi
sering ingatkan tika diri alpa
syukur di kurniakan sahabat sedemikian
semoga esok semakin menunjukkan sinar bahagia