**Berbahagia dengan UJIAN**

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
bila di uji...
kita mengeluh...kita menangis
kita marah...kita geram
kita tension
pernahkah kita bersyukur bila di uji?
kenapa nak bersyukur?
bukankah ujian itu 'menyakitkan'
bukankah ujian itu 'perit'
kenapa nak bersyukur?
bersyukurlah....
bangkit dan sujud lah...
kerna dengan ujian...kita ingat Allah sentiasa
kerna dengan ujian...kita jadi hamba Allah yang taat
kerna dengan ujian ...hati kita sentiasa berbicara dengan Allah
kerna dengan ujian...bibir kita basah dengan zikir
kerna dengan ujian...kita mula sujud dengan khusyuk
kerna dengan ujian...kita mula menyelak mushaf AQ 
kerna dengan ujian...kita jadi lebih 'tabah' dan 'kuat'
sedarlah...
ujian itu nikmat
ujian itu indah
ujian itu 'best'
ingatlah...
ujian tanda Allah cintakan hambanya
ujian tanda kita 'diperhatikan' Allah
ujian tanda kasih dan sayang Allah
maka...
berbahagialah dengan UJIAN ('',)

Rasulullah saw. menangis. Kenapa ?

Saya teringat dalam satu surah al quran yang saya ambil dari surah al isra' ayat 1,bagaimana baginda muhammad saw melalui perjalanan israk mikraj,bagaimana rasulullah saw diperlihatkan pelbagai macam peristiwa ngeri mengenai manusia, semuanya ini sebagai menjadi satu teladan dan pengajaran bagi manusia itu sendiri.

Baginda saw. telah menceritakan mengenai apa yang dilihatnya dan apa yang diperlihatkan oleh allah swt kepadanya.yang paling banyak perkara perkara ghaib yang diperlihatkan kepada baginda rasulullah saw mengenai wanita itu sendiri.

Yang dimaksudkan wanita wanita ini ialah wanita wanita kafir dan juga wanita wanita yang enggan mematuhi segala perintah perintah Allah kepadanya dan enggan pula menjauhi segala larangan larangan allah kepadanya ..apa tidak kah wanita wanita kita tidak merasa takut? Di dalam hadis hadis yang shahih telah menceritakan :

"..pada suatu ketika rasulullah saw menceritakan satu peristiwa ketika ali bersama isterinya fatimah az zahrah dirumah baginda rasulullah saw.bahawa ali meriwayatkan sebagai berikut saya bersama dengan fatimah berkunjung kerumah rasulullah dan kami temui baginda saw sedang menangis.kami pun bertanya kepada baginda mengapakah tuan menangis ya rasulullah saw?

Baginda pun menjawab pada malam aku melalui israk dan di mikraj kelangit,aku melihat pelbagai macam manusia sedang mengalami berbagai penyeksaan maka bila teringatkan mereka maka aku menangis saya pun bertanya lagi wahai rasulullah saw apakah yang tuan lihat?baginda saw pun bersabda aku melihat ada wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih , aku juga melihat wanita digantung dengan lidahnya serta juga tangannya,dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang sedang mendidih dari neraka dituangkan kedalam kerongkongnya ..masyaallah aku juga melihat ada wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya,sedangkan air getah kayu zakum dituangkan dikerongkongnya(perlu saya sebutkan bahawa dalam kisah neraka ada disebutkan dalam hadis hadis shahih bahawa air buah zakum kalau jatuh setitik keatas muka bumi ini,maka semua pokok dan rumput rampai tidak akan tumbuh)..

aku juga melihat wahai ali,ada wanita yang digantung,diikat kedua kedua belah kakinya dan juga tangannya kearah ubun ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan bisa ular dan kala jengking dari neraka ...aku juga melihat wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawah nya nampak api sedang marak menyala nyala dengan begitu hebat sekali ..masyaallah ..aku juga melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka,wanita wanita yang tuli,bisu dan buta dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya yakni melalui hidung,telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit..ada juga wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta juta kali jenis penyeksaannya

demikianlah baginda rasulullah saw menceritakan kepala ali r.a dan anaknya fatimah mengenai kisah apa yang dilihatnya ketika melalui mikraj ke langit.selepas mendengar apa yang diceritakan oleh rasulullah saw mengenai wanita dalam peristiwa itu,fatimah langsung sahaja berdiri dan bertanya kepada baginda rasulullah muhammad saw,katanya wahai ayahku,kesayangan mataku,ceritakanlah kepada aku,apakah amal perbuatan wanita wanita itu sehinga mereka diseksa sedemikian?lalu rasululah saw pun berkata wahai anakku fatimah,adapun kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah tentang wanita yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana ia tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki.memang begitulah kenyataannya sekarang ini,ramai sekali wanita wanita zaman ini yang tidak mahu menutup aurat mereka,kalau ada sekalipun wanita wanita yang menutup aurat hanya sekadar fesyen sahaja .depan boyfriend mereka.bukak sana sini,.tayang body,tayang buah dada mereka,tayang faraj mereka...tak tahu malu ke?...saya pun tak faham lah dengan perempuan perempuan zaman sekarang ini ..

rasulullah saw lalu menceritakan lagi mengenai perkara kedua kepada fatimah mengenai wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia selalu sangat menyakiti hati suaminya dengan kata kata kemudian nabi muhammad saw bersabda lagi yang ertinya tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata kata kecuali allah swt akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira' ,kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya sendiri ..naudzubillah ..

kadang kadang ada sebahagian isteri yang tidak menyedari akan hakikat ini dan ada diantaranya sengaja suka sangat bercakap untuk menyakiti hati suaminya dengan kata kata yang seolah olah tidak berterima kasih terhadap suaminya sendiri.mengenai wanita yang digantung dengan buah dadanya,baginda rasulullah saw memberitahu anaknya fatimah bahawa wanita itu menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya,dengan nada yang sedih nabi muhammad saw menerangkan lagi bahawa wanita yang diikat dan tangannya itu kerana wanita wanita tersebut suka sangat keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka ..

mengenai peristiwa yang dilihat oleh rasulullah saw mengenai wanita yang memakan badannya sendiri,kata nabi saw,wanita wanita jenis ini suka sangat bersolek supaya dapat dilihat oleh lelaki supaya orang orang lelaki boleh tergoda dan suka bercakap mengenai keaiban orang lain ..naudzubillah ..

ada pun wanita yang suka memotong badannya dengan gunting neraka,kata nabi saw,wanita wanita jenis ini terlalu suka sangat menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepada nya kerana melihat perhiasannya.

mengenai wanita yang diikat kedua dua belah kakinya dan tangannya pula sampai keubun ubun nya dan dibelit pula oleh ular dan kala jengking,kata nabi saw ..kerana wanita itu mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula ber solat serta tidak mahu pula mandi wajib

ada pun wanita yang kepalanya seperti kepala babi,badannya seperti keldai,baginda menjelaskan kerana wanita itu terlalu suka sangat mengadu domba yakni melaga lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong

sementara itu,mengenai wanita yang baginda saw melihat yang berbentuk seperti anjing,rasulullah saw memberitahu fatimah,bahawa kerana wanita wanita itu suka sangat memfitnah fitnah orang dan suka sangat pula marah marah pada suaminya ..naudzubillah..

terlalu ngeri sangat bila saya membaca mengenai apa yang diceritakan oleh nabi saw mengenai kisah diakhirat dan hari kiamat,rasa perasaan takut saya begitu menghimpit sekali,ada sesetengah dari kita terutama kaum kaum wanita menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah diantara perkara perkara sikap isteri yang menderhaka pada suaminya ..bertaubat lah wahai kaum kaum wanita ..kembalilah kepada al quran dan sunnah rasulullah saw ..sesungguhnya sikap seperti ini lah yang paling dicintai oleh iblis laknatullah dan iblis laknatullah serta syaitan akan sentiasa menjolok jolok hati kaum wanita supaya boleh melakukan perbuatan perbuatan yang boleh manjadi kawannya untuk masuk kedalam neraka jaham kelak.kaum wanita terutama sekali para para isteri hendaklah sentiasa berhati hati dalam menghadapi kehidupan seharian terutama dalam mengendalikan rumahtangga..kita jangan terperangkap jerat iblis,dan jangan terus dibelit oleh syaitan,kembalilah kepada al quran dan sunnah muhammad rasulullah,didunia kita selamat,akhirat pun kita dapat.


DRS. KHALIL IDHAM LIM

KEPERIBADIAN SEORANG GURU - Pandangan Imam Al-Ghazali

1. Sabar menerima pelbagai masalah murid dan menerimanya dengan baik.

2. Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.

3. Duduklah dengan sopan dan tunduk serta tidak riak.

4. Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim iaitu dengan tujuan mencegah tindakan zalim itu.

5. Bersikap tawaduk dalam perbincangan.

6. Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.

7. Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua muridnya.

8. Bersabar dan tidak mengherdik murid yang kurang pandai.

9. Membimbing dan mendidik murid yang kurang pandai dengan cara sebaik-baiknya.

10. Berani berkata "Saya tidak tahu" terhadap masalah yang dia tidak fahami.

11. Menampilkan hujah yang benar apabila berada dipihak yang salah dan bersedia kembali kepada kebenaran.

Amalan 'Asyura'

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

KETUANAN MELAYU

KETUANAN MELAYU
by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, December 14, 2010 at 12:24pm

  Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

 




 

  Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT? Firman Allah SWT :

 

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)

 

  Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka. Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.

 

  Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.

  Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun. 

 

Firman Allah SWT :

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)

 

  Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran. Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

 

  Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)

 

  Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?

 

  Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan. Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.

 

  Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.

 

  Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :

 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.

 

 

  Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!

 

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian 

6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M 

 

 

**DARUL TAQWA 2**

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. 
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini 
Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak 
fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- 
tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki 
dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 


"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang 
sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda 
pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik 
didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." 


Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya 
undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. 
Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? 
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini 
saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. 


"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga 
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai 
berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. 
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian 
zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. 


Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah 
kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan 
jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. 
Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada 
jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. 


**DARUL TAQWA**

DARUL TAQWA 

 Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah 
aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat 
hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi 
jalan. 
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. 
Kebersihan itu separuh daripada iman." 
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku 
Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. 
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti 
didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit 
kepalanya. 
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan 
duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk 
Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang 
sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke 
sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan 
yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. 
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, 
gerutu hati Datuk Dr.Johar. 

** Bila berlalunya masa lapang**

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara,
sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Raihan (Abu Bakar)

** wajah baru**

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang...

Alhamdulillah, dengan limpahan rahmatnya maka blog ini berwajah baru. Ini semua gara-gara suami ku yang berkobar-kobar nak 'berblogging'. So...lepas ni harap-harap intipati blog ni sentiasa update.

Hmm....masih belum terlambat untuk mengucapkan 'salam maal hijrah'. Ku tujukan kepada semua...semoga kehidupan dilembaran baru akan mencoretkan
pengislahan diri yang lebih baik. Semoga barakah Allah sentiasa menemani kita walau apa pun yang kita lakukan yang pasti ianya sesuatu yang disukai Allah.

~~wahai suami ku ....silakan mencoret erti sebuah kehidupan di sini~~

Permata di celahan kaca

Salam pertemuan...
Setelah sekian lama menyepi dari blog sendiri, akhirnya hari ini aku menulis kembali (walau pun blog ini tiada pembaca nya)

Ianya kepuasan diri sendiri apabila dapat menulis. Bukan tak nak update blog ni cuma masa yang tak mengizin kan. Masih ada lagi perkara yang perlu di utamakan dan di dahulukan. Hari ini perasaan untuk menulis itu tidak dapat di bendung lagi. Dalam fikiran ni bermacam-macam yang ingin di memorikan. Perlu disusun satu persatu.

Menyepi diri di ofice mencari ilham. Lately memang diri ini lah orang terakhir yang balik lambat. Macam-macam yang perlu di selesaikan. Kalau ikutkan kerja alamatnya berumah di ofice la...tapi bila di fikrkan semula, sampai bila hidup nak jadi macam ni? Asyik fikirkan kerja je. Kerja memang tak pernah habis. Yang penting adalah managment time masa kat tempat kerja. huhu..dah hampir setahun pun masih belum dapat manage dengan baik. Setiap hari ada jer kerja baru. Makin lama kerja makin banyak yang dipertanggungjawabkan. Mula-mula jadi ajk program jer..akhirnya ...bolot semua. Bendahari pun yer, setiausaha pun yer. Itulah yang maik banyak kerja. Kadang-kadang kerja hakiki pun terabai.

Pendek kata, buat lah yang termampu. Setiap apa yang di pertanggungjawabkan adalah dari Allah. Sebab Allah tahu diri ini mampu buat. Dan yang paling penting, itulah tarbiyah Allah. Bila direnungkan, sebenarnya Allah sedang mendidik diri ini menjadi orang yang amanah dalam berkerja. Belajar untuk manage time dan family. dan juga EMOSI. Tarbiyah Allah sangat cantik..syukur pada Allah kerana memilih diri ini untuk ditarbiyah. Syukur pada Allah kerana mengurniakan insan yang sering menasihati ku, yang tak pernah jemu mendengar keluhan ku. Terima kasih di atas nasihat dan bimbingan yang di berikan. EGO???memang tak dinafikan. Diri ini sukar untuk menerima teguran...huhu. Apapun diri ini berazam untuk terus menyelusuri perjalanan hidup dengan tenang dan mengutip setiap permata yang dihadiahkan

....enjoy life with my love...('',)

(p/s: ntah pe lah yang aku merepeknya, tak kisah lah asalkan dapat lepas gian untuk menulis)
moga ada manfaatnya

Gula oh! gula

Semalam mak ajak semua gi mydin
bukan nak beli per pun
beli gula jer
sekarang ni musim xder gula lagi
sorang boleh beli 2 kampit gula jer
that's why mak ajak semua pergi
kalau ajak 5 orang ..boleh beli 10 kampit
huhu....
gula punya pasal
tapi tak pergi pun sebab dah ketagih dengan internet
nampaknya malam ni lah ...
continue the mission tonight
huhu

'''aku di HSNZ""




9 May 2010; 8.00 pagi


Kami bertolak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
Punya lah ramai orang yang daftar
Dah siap parking kete pun mak tak daftar lagi
Sabarrr...(bukan kah sabar itu separuh dari iman)

Then, pergi kat bahagian SOPD
Ramai jugak orang
Memang satu tarbiyah dari Allah
Allah megajar aku erti kesabaran
No. giliran 1058, time tu no.1045
Bila tengok sekeliling...aku teringat kat patient aku
Macam ni lah diorng menunggu giliran nak jumpa aku kat HUKM..huhu
Insaf seketika....huhu. Ampunkan dosa aku kalau aku tak dapat tunaikan hak2 patient aku

Jap..aku cilok gi hantar kad jemputan...haha
Kat tempat aku praktikal dulu
Tak dapat jumpa kak Jan
Dapat jumpa kak Siti jer
Kak Shu pun kejap jer
Kak Jan ada patient
Si zul pulak cuti uruskan tesis dia
Ntah apa yang tak siap lagi tak tahulah aku
Nak test kete baru kot

Bila pergi kat tempat mak..belum lagi giliran mak
Aku call member lama
Cilok lagi...gi cafe jap jumpa dia
Best..banyak cite borak
Maklumkah dah lama tak jumpa
Dekat 2 tahun lah jugak
Lepas grad hari tu

Odw nak gi kat tempat mak
Jumpa lak dgn cikgu sekolah lama
Borak jap..sempat lagi jemput cikgu
Kebetulan ada kad kosong
Dah rezeki cikgu tu

Then, gi kat tempat mak
Tunggu jap..baru lah panggil
Tu pun kena tunggu lagi kat bilik doktor

Hmmm...masuk jer bilik doktor
Si doktor duk baca fail mak
Aku jenguk2 nak tgk apa yang doktor tulis
xder lak tulis gastric vaccarine
Confius aku
Apa yang diorang nak rule out kan?
Aku diam jer
Tak cakap banyak pun
Kan tak pasal2 doktor tu cakap aku memandai2 lak
Check punya check, baca punya baca...
At least mak cakap..doktor sebelum ni minta dtg suruh buat scan
Pastu doktor tu cakap...naper mak cik tak bg tahu saya awal2
La..kita pulak yang dipersalahkan
Bukan ker sepatutnya mmg dah ada tulis plan nak buat apa kt fail tu...
In a positive thinking..doktor ni 'pening' kot
Then, buat scan(ultrasound lah tu)
Alhamdulillah..semua ok
Hopefully, nothing serious...i'm worried
At least doktor bagi ubat kolesterol dgn gastric



Banyak yang aku belajar hari ni bila jumpa doktor:
1. Jgn cakap bahasa medical term dgn patient...mak aku x fhm pun apa benda tu kolesterol

2. Jgn cakap org putih sgt ngan patient...mak fhm lah sikit2

3. Jgn cakap laju2..sbb patient tak fhm apa pun ttg kondisi dia

4. Explain dulu kat patient apa nak buat hari ni

5. Bagi feedback as a whole kat patient ttg current status patient...baru patient rasa ada faedahnya jumpa doktor ni. Ni..mak aku dah ngelat nak jumpa doktor.Katanya xder pe pun jumpa doktor. Mak nak pp the next appt. huhu....

6 Bila plan untuk patient biar lah btul2 sikit...kalau cakap nak rujuk tu buat lah surat..jangan main cakap jer


p/s: aku bukan marah dgn doktor ni or tak puas ati ker apa...cuma banyak benda aku belajar untuk pembaikan diri aku jugak supaya aku TAK buat kesilapan yang sama.Kerja aku pun kena jumpa patient gak..


Hati ku milik siapa

Bismillah...

Tak dinafikan...stress sentiasa ada
Bila stress hati pun berkecamuk
Asyik nak marah orang jer
Apa yang orang lain buat semua tak kena

Tapi...
Kalau hati itu milik Allah
Stress macam mana pun
Tetap cool jer...

Kenapa??
Sebab kita tahu semua nyer datang dari Allah
Untuk siapa?
Untuk insan yang disayangi

So...
Rasa stress?
Ingat lah Allah...
Dengan berzikir dan banyakan baca Quran
Juga tadabbur maknanya
Insya allah...hati tetap tenang
walaupun stress
('',)

Layar kapal beralih arah



Alhamdulillah....
Dengan keizinan dan kekuatan yang di kurniakan
aku mengagahkan diri
menaip kata seringkas dan setepat mungkin
agar kesampaian maksudnya
dan tidak timbulkan masalah hati
lantas di pagi hari yang tenang
aku menyatakan apa yang tersirat di hati
setelah sekian lama di bekukan
dengan harapan agar hidayah dan taufik terpelihara
beralih arah mencari pencerahan

Jumaat datang lagi...

Esok hari Jumaat
Sekejap jer masa berlalu
Pejam celik dah seminggu
Hmm...kerja lebih tersusun minggu ini
Bila kerja pun rasa seronok
Seronok dapat laksanakan amanah dengan baik
Seronok sebab tak buang masa dengan sembang kosong
Seronok kerja dah siap
Mungkin inilah hasil nya
Pengisian yang aku dapat hujung minggu hari tu
Walau pun sekejap, namun bermakna
Menjadi bekal di sepanjang minggu
Alangkah seronoknya kalau ini berterusan

('',).........

Menampakan yang terselindung

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang
Semoga diri ini terlindung dari bisikan syaitan

Ambil lah ibrah untuk diri sendiri
Agar tidak mengulangi kesilapan yang sama
Untuk renungan bersama...

Dalam diam kita menyembunyikan sesuatu
Begitu rapi kita menjaga kerahsiaan itu
Takut di ketahui orang yang tidak sepatutnya
Namun, tanpa kita sedari
Sikap kita lah yang menceritakan segalanya

Kenapa harus kita bersangka
Andai diri percaya dan yakin
Kenapa harus cepat melatah
Andai diri tidak bersalah
Kenapa kita takut kan kehilangan
Andai diri berbuat kerana Ilahi

Bukankah hati itu milik Allah
Bukan kah petunjuk itu dari Allah
Kenapa harus khuatir
Kenapa harus gusar
Kembali lah kepada Allah
Mengadulah pada Allah
Memohon lah pada Allah
Sesungguhnya...semua milik Allah

Aku masih di persimpangan

Aku termenung sendirian
Memikirkan kenapa semuanya terjadi
Apa yang ingin di cari?
Populariti di dunia atau di akhirat
Kemana ingin di bawa diri yang ingin pengislahan
Kepada Allah atau .....

Sekali lagi aku di persimpangan
Yang mana harus ku pilih
Meneruskan perjalanan?
Itu sememangnya pasti
Cukup sekali sahaja aku memutuskan untuk berhenti
Serik aku dalam kesesatan
Pengalaman yang lalu menginsafkan diri

Namun kini,
Aku punyai 2 jalan
Meneruskan di jalan ini atau tidak
Semakin hari di jalan ini menemukan kekusutan
Jalan yang berliku tanpa kepastian penghujungnya
Semakin di tempuhi jalan ini
Semakin terasa cucukan duri
Adakala darah mengalir pelahan-lahan
Darah yang mengalir ku tahankan
Adakah aku perlu bertahan dan bersabar
Atau aku mengarah pada jalan yang lain

Di jalan yang lain
Dari jauh ku amati
Kelihatan pandangan yang mendamaikan
Jalan itu tersusun dengan cantik
Ada petunjuk arahnya
Hati ini di hiasi ketenangan
Tenang dengan tautan antara satu sama lain

Ya Allah!Kiranya benar jalan ini baik untuk ku
Permudahkan lah ia untuk ku
Sirami cinta ku dengan kasih dan sayang Mu

Untuk kakak...

Kakak...
Terima kasih untuk mu
kerana menemani mak
kerana mengambil berat keluarga kita
kerana membantu ku membuat persiapan
Sungguh aku bahagia dengan keluarga kita
Walau pun macam-macam kekurangan
Along juga masih teringat
Peristiwa di subuh hari
Masih tersemat di fikiran
Setiap kali terkenangkan peristiwa itu
Setiap itu juga kelopak mata ku basah
Bergenang sudah air mata

Along bahagia kalau kakak bahagia
Along bahagia kalau kakak mengikut jejak along
Lagi bertambah bahagia andai kata su juga bersama-sama
Berita yang diterima dari mak
Sungguh menggembirakan hati Along
Saat itu Along terasa seolah-olah Allah itu dekat
Mendengar dan memakbulkan doa Along

Along bahagia kalau mak bahagia
Bila di amati Along jadi takut
Apakah yang seterusnya?
Ujian kegembiraan atau kedukaan
Sukar untuk dijangkakan
Bersediakah kita untuk menghadapi nya?
Setiap satu permintaan di makbulkan
Setiap satu impian ibu hampir dipenuhi
Dalam di uji dengan kesihatan ibu
Allah memberikan kita lebih banyak nikmat dan rahmat

Kita tak punya banyak masa
Sama-sama kita manfaatkan masa yang ada
untuk berbakti kepada mak dan ayah
Selagi belum menjadi milik sesiapa
Kecuali milik Allah

Along doakan agar kakak terus "kuat"
Kuatnya kakak...along juga akan "kuat"
menghadapi apa jua kemungkinan

Ku sujud pada Mu

Ya Allah!
Aku mohon kekuatan dari kekuatan Mu
Aku perlindungan dari perlindungan Mu
Aku mohon petunjuk dari petunjuk Mu

Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui
Engkau lebih mengetahui perkara ghaib

Ya Allah!
Sekiranya Engkau mengetahui sesuatu itu
baik di sisi Mu, agama Mu
baik di sisi ku
buat masa kini dan masa akan datang
Maka permudahkan lah ia untuk ku

Ya Allah!
Sekiranya Engkau mengetahui sesuatu itu
tidak baik di sisi Mu, agama Mu
tidak baik di sisi ku
Buat masa kini dan akan datang
Maka jauhkan lah ia dari ku
Jauhkan diriku dari nya

Ya Allah!
Kurniakan aku petunjuk Mu
Walau di mana jua aku berada
Semoga rahmat dan kasoh sayang Mu
Sentiasa menemani ku

Di persimpangan

Angin yang tenang kembali bertiup
Kali ini entah ke mana arahnya
Ya Allah!kuatkah diri ini untuk bertahan
Atau aku harus memilih mengikut arah angin yang bertiup
Sekali lagi aku di persimpangan

Siapa yang benar siapa yang salah?
Bukan itu persoalannya
Pokok pangkalnya yang mana lebih hampir
Hampir dengan yang ditunjuki oleh Rasulullah
Siapa yang mengajak ke arah Allah dan Rasul
Bukan mengajak atas dasar keperluan diri

Alhamdulillah...
Allah memilih diri ini
Untuk mengamati tiupan angin
Ku amati dalam keadaan tenang
Ku mencari dalam tiupan angin penunjuk arah
Agar aku ke temu yang membawa ku kepada Mu

Dalam memerhati dan menanti
Telah ada yang mengkhabarkan
Keputusan demi keputusan
Kiri atau kanan
Utara atau selatan
Timur atau barat

Aku terus berdiri
Mengamati arah angin yang bertiup
Ke mana aku selepas ini
Hati ku kuat mengarah pada satu arah
Mungkin kah itu arah tujuku?
Aku masih kurang pasti
Mencari dan terus mencari

Pada hemat ku
Arah yang ingin di tuju bertepian
Hanya arah ini lebih jelas hala tuju
Ya Allah!tolong aku yang di persimpangan
Tunjuki aku arah yang mendekatkan ku pada Mu

Buzy ker???


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, keadaan kembali seperti biasa
Kesibukan telah berlalu
Bertandang pula masa lapang
Ini lah saat yang dirisaukan
Tersilap perancangan menyesal akhirnya

Hari Jumaat berlalu dengan selesainya urusan kerja ku
Bermacam-macam urusan
Isnin pagi sampai KL dari KT
Terus bersiap ke tempat kerja
Petang bersambung dengan meeting webmaster
Fail masih banyak yang belum siap
Due date dah dekat
Esoknya ada meeting lagi
Terasa sungguh keletihan
Tiba-tiba staff minta siapkan statistik dengan OK hari tu juga
Jumaat tu kena present ISO lak
sebab nnt ada exam ISO
saper yang tak lulus kena denda..huhu

Fuhh!!!stress sungguh
Apa pun aku berlagak cool jer
Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu
Hampir menitis air mata ku
Mengenang kan segala urusan...
Ternyata waktu untuk Nya semakin berkurang
Terasa sungguh kehilangan
Jauh di sudut hati aku sentiasa berdoa
Supaya SEMUA urusan ku di permudahkan
Di saat ini, aku terasa kasih dan sayang Nya


Kini azam ditanamkan di hati supaya merancang dengan sebaiknya
Jika tidak perkara yang sama akan berlaku
Dalam satu hadith...Orang yang beriman tidak akan jatuh pada lubang yang sama
Aku berazam untuk well organized
Selepas ni, amanah dan tanggungjawab akan bertambah
Berharap sangat dapat well organized hidupku

Kita merancang dan Allah juga merancang
Sesungguhnya, perancangan itu lebih baik
Terimalah dengan hati yang terbuka

Hasil tangan....



Alhamdulillah...

Kepulangan ku kali ini memenuhi undangan pernikahan
pernikahan mak sepupu ku
setelah sekian lama dinantikan (hehe)

Inilah hasil tangan ku dan kembarku
Dibantu dengan 'adik' dan 'mak alang'
Puas rasa hati
Dapat melaksankan impian ku...
Kami memang minat nak jadi photoghraper
Apa lagi..setelah dapat'lampu hijau' daripada pengantin

Memang best kalau ada DSLR or DG40
Gambar lagi cantik
Lagi banyak effect yang boleh dibuat
Syukur....
Dengan cam digital yang ada
Cantik juga gambar tu...

Bermula dari hati

Segala puji bagi Allah
Yang memberikan nikmat iman dan islam.
Segala puji bagi Allah
Yang menggerakkan hati ini
Untuk mengupdate blog

Sekian lama diri ini tenggelam
Tenggelam di lautan 'kemalasan'
Hampir-hampir diri ini lemas
Dibawa arus 'hawa nafsu'
Membiarkan saja apa yang terjadi
Pasrah dengan hati yang mati
Tiada sekelumit keinginan
Keinginan untuk meyelamatkan diri

Namun Allah Maha Penyayang
DIA menyelamatkan diri ku
Dari gelombang yang besar
Dititipkan secebis keinginan
Dihulurkan kasih sayangNYA

Ku gagahkan diri
Melawan arus kemalasan
Dengan harapan yang menggunung
Ingin mengecapi kehidupan
Kehidupan yang teratur
Dihiasi dengan tarbiyah imaniyah

Tahniah!

Assalamualaikum...

"Salam,saya telah selamat melahirkan baby boy pada jam 3.32 pagi bersamaan 15 Jan 10 di HSAH.Doakan di agar menjadi anak yang soleh" Mesej dari Ruby. Teman seperjuangan masa belajar dulu.

Tahniah! kepada teman ku di atas kelahiran anak sulungnya. Alhamdulillah kini telah bergelar ummi. Semoga berjaya membentuk keluarga sakinah. Dan Aku???hmmm..aku tambah satu gelaran lagi..."auntie nurul".

Uncle nyer mana??? soal teman ku. Tersenyum aku sendirian.

Insya allah, masanya akan tiba cuma lambat atau cepat je. Buat masa sekarang, persiapkan diri dengan ilmu rumah tanggah. Persiapkan dari segi semua aspek. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri ku.

Buat bonda tercinta,bersabarlah. Masanya akan tiba. Insya allah impian bonda akan Allah kabulkan satu persatu.

Wallahua'lam

Pernahkah terfikir untuk berubah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah semalam selesai juga halaqah yang dirancangkan. Jauh di sudut hati ingin melihat anak halaqah berubah dari semasa ke semasa dari yang baik kepada yang LEBIH BAIK. Di akui mereka sangat bagus dan berusaha untuk melakukan pengislahan diri. Ini lah hasil daripada kesungguhan mereka. Kami membincangkan tentang penampilan wanita. Kebetulan pula dapat mesej dari seorang akhwat.

"salam ukhti, ana nak request anti untuk menjadi ahli panel dalam forum 'Membina Akhwat Solehah Berketrampilan"

Termenung seketika sambil mataku terus menatap skrin handset. "Ya Allah!engkau telah memilih diriku untuk membawa mereka dalam dunia pengislahan" aku bermonolog sendirian.

Setelah terjadi nya TRAGEDI OKTOBER, masing-masing berusaha untuk melakukan pengislahan.Semoga Allah memudahkan urusan mereka.

Kata-kata seorang akhwat: " Jangan mengharapkan jemaah melakukan perubahan, tetapi mulakan perubahan dari diri sendiri"

Itu yang aku cuba lakukan dengan anak halaqahku. Ikatan ukhwah kami semakin terpaut dari sehari ke sehari. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing.

Dalam satu bahagian, kami ketawa sama-sama. Kami membincangkan tentang bagaiman seharusnya seorang akhwat itu berpakaian.

"kalau akhwat tu pakai macam akak pakai, orang akan cakap akhwat" aku mengolah isi dalam buku "Agar bidadari cemburu pada mu".

Aku meneruskan ayat-ayat ku: " kalau yang pakai tudung kecil sikit, orang panggil ikhwit"

"ikhwit kak?macam kami ni ikhwit lah ye kak? " berderai ketawa kami

"akak,kalau yang tak pakai langsung kita nak panggil apa? okhwit?" ceria sungguh halaqah kali ini. Hilang seketika mengantuk ku dek kerana keletihan 'merempit'

Tak kisah apa pun gelaran yang kita nak berikan yang pasti pemakaian kita menurut yang di syariatkan. Sekiranya kita mengetahui batas-batas nya, insya allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Tak dinafi kan bahawa penampilan seorang perempuan menjadi perhatian lelaki. Jadi, sebagai seorang perempuan kita di tuntut menjaga penampilan supaya ia tidak menjadi salah astu daripada anak panah syaitan. Setelah berusaha, seharusnya kita bertawakkal.Wallahua'lam.

Belajar dan terus belajar

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, aku punya kesempatan untuk meneruskan coretan pada blog ku yang tidak seberapa ini. Aku memberanikan diri untuk menjadi salah seorang blogger. Sedangkan aku tahu, diriku bukan lah rajin mengupdate blog. Kadang-kadang, setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup ingin aku abadikan di sini yang mana aku ingin kongsikan 'hikmah' di sebalik peristiwa. Mejadikan diriku lebih dekat dengan Yang Maha Esa. Idea memang ada cuma tiada kesempatan. Kini akau masih mencari rentak dan merujuk kepada blog blogger yang senior. Belajar dan terus belajar. Kata orang, berdakwah di alam maya. Terasa malu juga dengan blog yang ntah apa-apa ni. Bukan nya ada pembaca pun...(he3)just nak practise.

Ok!Wahai jiwa perindu yang merindukan penciptanya...teruskan usaha majukan langkah mantapkan perancangan.Insya allah...Allah sentiasa bersama-sama dengan mu.