**DARUL TAQWA 2**

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. 
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini 
Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak 
fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- 
tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki 
dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 


"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang 
sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda 
pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik 
didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." 


Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya 
undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. 
Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? 
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini 
saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. 


"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga 
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai 
berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. 
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian 
zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. 


Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah 
kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan 
jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. 
Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada 
jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. 


0 comments:

Post a Comment