...bisikan hati...

sepi sekian lama
tenggelam dalam kesibukan
kesibukan menelan kegusaran
menanti sesuatu yang belum pasti
menanti dengan penuh sabar


sekian lama 'blog' ini menyepi
menyimpan suka dan duka
tanpa catatan di alam maya
tapi tersimpan kukuh di hati
perjalanan hidup berliku-liku
adakala buat diri ini tersenyum
adakala diri ini menangis

dari semasa ke semasa
berita gembira diterima
berita gembira untuk kalian
bilakah tiba saat untuk kami
hanya Dia yang tahu

dari semasa ke semasa
berfikir secara rasional
memandang terus ke depan
tidak lagi menoleh ke belakang
buat diri ini dan dia
terus melirik senyum