Dunia Baru

Setelah sekian lama...akhirnya kembali ke alam maya
Pelbagai perkara yang berlaku
tak terduga dek akal fikiran
itulah tanda kekuasaan allah s.w.t
kita merancang, allah juga merancang
ternyata perancangan allah itu lebih baik

pejam celik dah hujung tahun
macam-macam perubahan dalam hidup
status kini bertukar
tanggungjawab kian memberat di bahu
kadang terasa sungguh berat amanah itu
adakah aku mampu?
ternyata allah telah menjawab
dalam surah al-baqarah ayat 286
sama-sama lah kita hayati
allah hanya memberi sesuatu sesuai dgn kesanggupan

perjalanan masih jauh
masih banyak yang belum di gapai
dunia baru yang penuh pancaroba
tersilap langkah tersungkurlah kita
sangat lah penting sahabat di sisi
sering ingatkan tika diri alpa
syukur di kurniakan sahabat sedemikian
semoga esok semakin menunjukkan sinar bahagia

0 comments:

Post a Comment