Amalan 'Asyura'

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

KETUANAN MELAYU

KETUANAN MELAYU
by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, December 14, 2010 at 12:24pm

  Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

 




 

  Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT? Firman Allah SWT :

 

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)

 

  Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka. Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.

 

  Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.

  Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun. 

 

Firman Allah SWT :

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)

 

  Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran. Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

 

  Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)

 

  Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?

 

  Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan. Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.

 

  Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.

 

  Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :

 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.

 

 

  Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!

 

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian 

6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M 

 

 

**DARUL TAQWA 2**

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. 
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini 
Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak 
fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- 
tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki 
dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. 


"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang 
sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda 
pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik 
didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." 


Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya 
undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. 
Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? 
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini 
saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. 


"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga 
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai 
berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. 
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian 
zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. 


Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah 
kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan 
jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. 
Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada 
jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. 


**DARUL TAQWA**

DARUL TAQWA 

 Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah 
aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat 
hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi 
jalan. 
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. 
Kebersihan itu separuh daripada iman." 
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku 
Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. 
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti 
didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit 
kepalanya. 
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan 
duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk 
Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang 
sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke 
sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan 
yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. 
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, 
gerutu hati Datuk Dr.Johar. 

** Bila berlalunya masa lapang**

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara,
sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Raihan (Abu Bakar)

** wajah baru**

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang...

Alhamdulillah, dengan limpahan rahmatnya maka blog ini berwajah baru. Ini semua gara-gara suami ku yang berkobar-kobar nak 'berblogging'. So...lepas ni harap-harap intipati blog ni sentiasa update.

Hmm....masih belum terlambat untuk mengucapkan 'salam maal hijrah'. Ku tujukan kepada semua...semoga kehidupan dilembaran baru akan mencoretkan
pengislahan diri yang lebih baik. Semoga barakah Allah sentiasa menemani kita walau apa pun yang kita lakukan yang pasti ianya sesuatu yang disukai Allah.

~~wahai suami ku ....silakan mencoret erti sebuah kehidupan di sini~~

Permata di celahan kaca

Salam pertemuan...
Setelah sekian lama menyepi dari blog sendiri, akhirnya hari ini aku menulis kembali (walau pun blog ini tiada pembaca nya)

Ianya kepuasan diri sendiri apabila dapat menulis. Bukan tak nak update blog ni cuma masa yang tak mengizin kan. Masih ada lagi perkara yang perlu di utamakan dan di dahulukan. Hari ini perasaan untuk menulis itu tidak dapat di bendung lagi. Dalam fikiran ni bermacam-macam yang ingin di memorikan. Perlu disusun satu persatu.

Menyepi diri di ofice mencari ilham. Lately memang diri ini lah orang terakhir yang balik lambat. Macam-macam yang perlu di selesaikan. Kalau ikutkan kerja alamatnya berumah di ofice la...tapi bila di fikrkan semula, sampai bila hidup nak jadi macam ni? Asyik fikirkan kerja je. Kerja memang tak pernah habis. Yang penting adalah managment time masa kat tempat kerja. huhu..dah hampir setahun pun masih belum dapat manage dengan baik. Setiap hari ada jer kerja baru. Makin lama kerja makin banyak yang dipertanggungjawabkan. Mula-mula jadi ajk program jer..akhirnya ...bolot semua. Bendahari pun yer, setiausaha pun yer. Itulah yang maik banyak kerja. Kadang-kadang kerja hakiki pun terabai.

Pendek kata, buat lah yang termampu. Setiap apa yang di pertanggungjawabkan adalah dari Allah. Sebab Allah tahu diri ini mampu buat. Dan yang paling penting, itulah tarbiyah Allah. Bila direnungkan, sebenarnya Allah sedang mendidik diri ini menjadi orang yang amanah dalam berkerja. Belajar untuk manage time dan family. dan juga EMOSI. Tarbiyah Allah sangat cantik..syukur pada Allah kerana memilih diri ini untuk ditarbiyah. Syukur pada Allah kerana mengurniakan insan yang sering menasihati ku, yang tak pernah jemu mendengar keluhan ku. Terima kasih di atas nasihat dan bimbingan yang di berikan. EGO???memang tak dinafikan. Diri ini sukar untuk menerima teguran...huhu. Apapun diri ini berazam untuk terus menyelusuri perjalanan hidup dengan tenang dan mengutip setiap permata yang dihadiahkan

....enjoy life with my love...('',)

(p/s: ntah pe lah yang aku merepeknya, tak kisah lah asalkan dapat lepas gian untuk menulis)
moga ada manfaatnya