Exam oh! Exam

Hmm...ni entry kedua setelah berjinak-jinak dengan dunia blog. Kata seorang blogger....nak jadi blogger kena rajin untuk menulis. Terkesan dengan kata-kata nya..maka lahirlah entry kedua ni.

Buat pembaca di luar sana, pasti dah lama habis exam...pasti sedang bersenang-senang bercuti semester di rumah. Semoga cuti kalian menjadi cuti yang bermakna. Untuk para dai'e...bercuti di rumah menjadi medan baru dengan mad' u yang paling istimewa. Siapa lagi kalau bukan family kita..

Hmm....seringkali topik exam dikaitkan juga dengan exam akhirat. Memang benar...exam yang paling hebat adalah exam kat akhirat. Keputusannya MUKTAMAD! Tiada lagi rayuan demi rayuan. Bila di fikirkan bagaimana persediaan kita untuk exam kat dunia dan berbanding dengan persediaan exam kat akhirat.

Untuk exam kat dunia kita sanggup bersekang mata TAPI untuk exam di akhirat adakah kita sanggup bersekang mata??Time halaqah/usrah jer mula lah nak menguap. Dah tu tak faham apa isi penting dalam pengisian

Untuk exam kat dunia kita sanggup ke hulu ke hilir membuat revision. Kalau tak jumpa kat libarary tanya kat lecturer. Kalau tak faham juga apa yang kita baca kita akan tanya kawan TAPI adakah kita sanggup bersusah payah macam tu andaikata kita tak faham apa yang kita belajar dalam daurah or halaqah/usrah??

Untuk lulus exam kat dunia kita sanggup menangis depan ALLAH minta untuk lulus atau dapat result bagus TAPI ada kita pernah menangis supaya kita lulus daripada pertimbangan amal di akhirat kelak. Sebelah mana kah yang lebih berat?KIRI atau KANAN??

Persoalan??? berapa banyak perlu kita berikan untuk seimbangkan dunia dan akhirat. Ternyata bukan 50% dunia dan 50% akhirat. Tetapi kita perlu peruntukkan 100% untuk akhirat kerna dengan mengejar akhirat dunia pasti akan mengekori kita...

Wahai pembaca sekalian, sama-samalah kita muhasabah diri, koreksi diri....teruskan pengislahan diri kerana pengislahan diri tidak akan pernah berhenti....

0 comments:

Post a Comment