Ya allah! benar kata temanku..." Allah akan menguji mu di titik kelemahanmu". Tersentuh hati ini dengan serangkap kata yang sangat bermakna. Mampu mengingatkan diriku yang terlalai.

Dari aspek diriku yang bakal bergelar patologis pertuturan-bahasa, aku seharusnya bersyukur. Bukankan dengan bersyukur itu Allah akan menambahkan lagi nikmat yang lain?Seringkali aku bertemu dengan pesakit yang datang dengan pelbagai masalah. Masalah anak lambat cakap la...masalah anak cakap pelat la...masalah anak tak nak cakap la...macam lagi. Kalau orang dewasa pula...masalah suara la...masalah susah nak sebut la.....masalah tak boleh nak makan la...(dalam bahasa mudah la..). Pesakit yang datang mengingatkan aku tentang 'nikmat allah: nikmat kesihatan'. Teringat lirik lagu kumpulan RAIHAN......sihat sebelum sakit

Kembalilah kepada Yang Maha Kuasa tika diri diuji. Seseungguhnya Dia Maha Pengasih dan Penyayang

0 comments:

Post a Comment