Sejadah dan tanda salib

Suatu kisah yang benar dan realiti. Diceritakan sendiri oleh yang mengalami...

Al-kisahnya, hamba allah ni seorang pelajar dari Sarawak. Belajar di sebuah IPTS di semenanjung. Sepanjang berada di semenanjung, dia hanya ada satu sejadah sahaja. Itulah yang di gunakan untuk solat setiap hari. Namun, setiap kali solat hati dia gundah-gelana. Apa yang terbayang di mata hanya tanda salib. Sukar sekali untuk hadirkan hati kepada Allah. Perkara ini berlarutan sehingga berbulan-bulan lamanya. Jenuh difikirkan...di manakah silapnya?

Satu hari, dia terpandang tanda salib kecil-kecil pada sejadah. "Patutlah selama aku solat aku terbayang benda ni. Rupanya ada kat sejadah aku. Betul-betul pada tempat sujud" ngomen sendirian. Lantas dia menarik-narik benang pada sejadah. Alangkah terkejutnya dia. Semakin di tarik-tarik benang pada sejadah semakin jelas tanda salib yang lagi besar. Tepat pada tempat sujud. Ya allah!Inilah sejadah yang aku guna untuk solat...jahilnya aku. Aku tertipu!!!Geramnya punya pasal, lantas sejadah tu di koyakan dan di buang saja.

Kini, dia lebih selesa sujud di lantai tanpa sejadah. Itu lebih baik. Setelah itu, hati merasa tenang setiap kali solat.

Setelah mendengar cerita ini, si teman pun tergerak hati untuk check sejadah dia. Oh!Ternyata pada sejadah dia pun ada juga tanda salib. Tidak!!!Ya! allah selamatkan akidah kami.

Ibroh/Pengajaran...
...Check sejadah kita. Takut-takut ada tanda salib juga...

Inilah ghazwul fikr orang yahudi. Dalam diam mereka ingin merosakkan akidah kita. Teringat satu firman Allah...orang yahudi tidak akan senang selagi mana kita tidak mengikuti agama nya" Ayuh teman! kita bangkit...jangan di biarkan akidah kita di perkotak-katikan.

Semoga bermanfaat
Wallahua'lam






"HUKM...is a new place with new status"




Alhamdulillah......
setinggi kesyukuran
di panjat kan kepada Yang Maha Esa
kerna memperkenankan doaku
Insya allah untuk kebaikan semua

Tempat baru dengan status baru
Sebelum ini student
Kini salah sorang kakitangan HUKM
Tempat yang di baluti dengan kenangan pahit
Kini di ganti dengan balutan kebebasan

Semoga kehidupan ini disinari dengan cahayaMU
Semoga pemberian NYA di susuli dengan keberkatan
amin....

Ramadhan

"ahlan wasahlan ya ramdhan"


Alhamdulillah...hari dah masuk hari ke-12. Masih belum terlambat untuk ucapkan selamat meyambut ramadhan al-mubarrak. Mudah-mudahan ramadhan kali ini penuh dengan barakah nya. Masih tinggal lagi 18 hari untuk kita 'polon' beribadah.
Suka untuk meningatkan lakukan ibadah dengan TAAT dan CINTA
('',)


Siapa yang nak?

"Fuh! banyak nya kerete?mana semua orang nak pergi ni?" bermonolog sendirian. Aku tengok cermin sisi motor, banyak nya motor kat belakang aku. Depan pun banyak. Ni lah KL. Kota yang jam je memanjang. Tak larat aku nak hadapi hari-hari macam ni. Ku teruskan perjalanan ku di tengah-tengah kota. Malam ni aku ada misi yang perlu diselesaikan. Urgent!!!utk umat masa kini yang tenggelam dengan dunia masing-masing.
Ah!lembap pulak kereta kat depan aku ni. Dah la tu..nak masuk simpang pun tak bagi signal. Tengok sikit sape driver nya.Perempuan...driver baru kot.Tak de pulak 'P' kat kereta. Agaknya macam mana yer kalau aku yang drive.IA selamat...
.......................................................................................................................................
Misiku!
"tok!tok!tok!assalamualaikum...."
"krek! ada apa kak?" nampak macam blur je muka adik ni, terkejut kot tengok kami datang
first..hadiahkan senyuman. kitaorang pun masuk lah bilik dia. hmm...nak cakap apa ni dengan adik ni? tak kan nak terus tanya direct.last-last, kami pun cakap la ttg adobe photo shop (kebetualan kawan dia tgh edit something). Buat-buat mcm tak tahu (padahal memang tak tahu pun).Tanya lah itu ini dengan adik-adik ni. Just nak warm up jer...
Tak boleh jadi ni, tak masuk main point lagi. Last but not least...tanya jer direct "Ingat lagi tak usrah yang kita buat dulu? Nak usrah lagi tak?"
Apa jawapan adik ni?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Lepas gi ziarah, kami pun bersembang "Tak jumpa pun lagi adik yang cakap "nak" bila tanya nak usrah lagi tak?Diorang ni tak berminat ker kalau kita ajak buat baik?
Itulah hakikat hidup sekarang. Susoh beno nak ajak buat baik(loghat perak lak). Kalau ajak gi shopping ke tgk wayang ker cepat je. " Boleh!boleh! kul brape nak pegi?"
Padahal ajak gi usrah tu pun kira 'shopping' gak. Tapi untuk akhirat la..bayangkan!dalam usrah tu apa yang kita buat?Ajak baca Quran, cerita tentang cinta Allah, cerita tentang Rasulullah dan macam-macam lagi. Itu pun tak nak ke?Bukan ke dapat 'saham' untuk akhirat. Rugi sape yang tolak 'tuah'. iA kami akan teruskan usaha untuk cari lagi SIAPA YANG NAK!
Mudahan allah perteguhkan kami dan melembutkan hati adik-adik yang diziarah.

aku yang lupa..

Semalam, satu hari yang tak menentu. Semua gara-gara tidak plan betul-betul. Dari pagi hingga ke t.hari aku rasakan hidup ini 'kosong'. Aku sedar kenape semua tu terjadi namun tak punya kekuatan untuk mengatasi. Alhamdulillah, dalam keadaan mamai aku masih boleh berfikir dengan iman yang secebis. Ku bisik kan dalam hati, ku berbicara dengan Allah tentang diri ku mohon di berikan kekuatan yang luar biasa. Petang..aku kembali bangkit menjadi diri ku. Ku cuba aturkan sebaik mungkin hidup ini agar masa 24jam yang dikurniakan dapat dimanfaatkan di jalan Nya.

Ah! aku rindu untuk pulang lagi. Rindu dengan ibu dan adik-adik. Suasana di kampung seolah melambai-lambai memanggil aku dari jauh. Namun, aku tak bisa pulang kerna di sini aku punya AMANAH yang perlu dilaksanakan. Ku harapkan redha Allah. Satu yang ku pohon, moga Allah yang melindingi keluarga ku..ibu dan adik-adik di kampung, ayah di perantauan, angah di U dan su di borneo.

Kerinduan pada kalian dibawa angin lalu. Ku teruskan hidup di pagi ini dengan nikmat IMAN dan ISLAM. Ku cuba sinarkan hidup ku dengan cahaya hidupMU. walaupun masih tersisa kemalasan ku. Ku gagahi jua merancangan hari ini. Ku mulakan dengan tahjud disusuli dengan bacaan al-mathurat diteruskan dengan bacaan AQ dengan harapan hidup hari ini lebih baik dari semalam.

Sempat ku bisikan dalam diri..aku ku cuba buat yang terbaik hari ini utk klinikal ku.Aku berjalan ke klinik dengan lamunan hati. Opss....kenape klinik macam xder orang?mana pergi semua student. Jam dah menunjukkan kul 8.Selalunya kereta dah banyak.Patient pun dah ada. Langkahku ku teruskan ke blok C menghala ke pintu tengah...kunci. Pintu depan ..juga kunci. Alamak!bukan ke hari ni ada thesis presentation.segera ku lajukan langkah ke bilik student. teringat pulak kat situ ada jadual year 4.Ah! aku lupa .......memang benar mereka ada thesis presentation...

allah mengajarkan aku sesuatu hari ini, MERANCANG LAH UNTUK HARI ESOK!

Bagaimana menyentuh hati

Terima kasih buat kakak yang upload kan gambar ni kat blog dia.

Hanya sekeping gambar yang simple, tapi mampu menyentuh kalbuku.
Secara jujurnya, aku tersentuh dengan apa yang dihadiahkan. Nampak simple tapi amat bermakna. Terharu dengan concern kakak yang tahu aku memang nak kenal ahli keluarga baru. Dek kerana kesibukan, terbatas masa untuk pulang di saat event penting dengan keluarga. Sekali lagi KAKAK!!!!!THANKs A LOT!!!!!LOVE U SO MUCH!!!!!!

Apa lagi.....aplikasi kan sesama akhwat. Ikat hati dengan mereka. Biar simple tapi bermakna. Salah satu cara untuk menarik hati mad'u jua(cara ni tak der diceritakan dalam buku " bagaimana menyentuh hati"). Ayuh kita update cara menyentuh hati dengan teknologi terkini
(huhu...tak pandai nak guna adobe pthoshop lagi)

Kesuksesan yang ditunda

Alhamdulillah,
Setelah sekian lama waktu yang dinantikan, akhirnya Allah mengizinkan jua diri ini menempa kejayaan. Terasa lega di hati. Namun bila aku melihat teman sekuliah yang masih belum lagi LULUS, itu adalah peringatan dari Allah supaya mensyukuri nikmat NYA. Semoga diri ini terus menerus di pilih oleh Allah sebagai hamba yang 'beruntung' di dunia dan akhirat.

Sepanjang tempoh mengulang, SANGAT banyak perkara yang Allah ajarkan pada aku. Tak terhitung sebenarnya. Dengan KEGAGALAN ini lah aku belajar erti ketabahan, tawakal dan macam-macam lagi. Terasa sungguh kasih sayang Allah.Begitu unik cara Allah mentarbiyah hamba-hamba nya.Subhanallah!!!

Seringkali setiap kali waktu VIVA, aku akan baca buku-buku motivasi dengan harapan aku sentiasa menjadi seorang yang 'positive thinking' dengan keputusan VIVA memandangkan bukan sekali aku GAGAL. Buku favouritie aku masa tu...'Zero to Hero'.Tengok tajuk pun dah tahukan. Untuk menjadi HERO ia bermula dari ZERO.Bukan mudah untuk menjadi HERO.

Aku bersetuju dengan kupasan dalam buku tu, katanya " Allah tidak mengizinkan kejayaan untuk kita mungkin kerna belum dipercaya oleh Allah untuk memilikinya."Mungkin sahaja aku menjadi lebih jauh dari Allah bila aku berjaya masa tu. Dari satu sisi, bukankah kejayaan itu hanya kan menjadi milik orang yang telah berusaha????Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 69 :"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan(agama) Kami, sungguh benar-benar akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami dan Allah berserta orang-orang yang berbuat baik" hmm....mungkin aku tak cukup berusaha kot time tu.

"Kesuksesan itu sunnatullah yang diberikan kepada orang yang profesional"Mungkin time tu aku belum profesional/matang dari aspek pengurusan masa, pengawalan emosi dan lain-lain.

aku suka part ni:
" Salah satu bentuk kesungguhan itu adalah kelurusan niat, visi dan orentasi untuk membela kebenaran dan keyakinan. Bila kita membela dan memenangkan agama Allah,Dia akan membela dan memenagkan kita. Seperti janji Allah dalam surah Muhammad ayat 7 (47:7) dan ingatlah Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Terkadang kesuksesan ini ditangguh dan diakhirkan oleh Allah dengan adanya hikamah-hikmah yang tertentu."

Lagi.....
" kerna kita masih terlalu lemah untuk memegang amanah, belum matang dan belum sempurna dalam membentuk keperibadian. Bila kesuksesan diberikan kepada orang yang masih 'mentah' nescaya dia tidak mampu bertahan. Ia tidak mampu mempertahankan kesuksesan itu lebih lama"

wallahuallam